|
SINOPSIS
Diterbitkan Citra Ummah Network Sdn Bhd, drama bersiri 13 episod, Cintaku Di
Mukah mengangkat kemelut hidup seorang pemuda Sarawak bernama Saharudin yang
berasal dari Mukah, Sarawak. Saharudin mengahwini wanita yang amat dicintainya,
Marina setelah menamatkan pengajian mereka di universiti.
Namun begitu perkahwinan mereka tidak mendapat restu dari kedua ibu bapa Marina
kerana dia adalah satu-satunya anak yang mereka harapkan untuk menumpang hidup
bersama mengurus perniagaan keluarga.
Akibat dari keras hati Marina, ibu bapanya akur akan perkahwinan itu namun
semuanya berubah apabila Saharudin terpaksa pulang ke Mukah untuk menjaga
ayahnya yang terlantar sakit.
Kedua ibu bapanya melarang keras Marina untuk mengikut Saharudin pulang ke
Sarawak. Justeru hanya perpisahan yang menjadi titik tolak perkahwinan tanpa
restu kedua ibu bapa itu. Tanpa disedari Saharudin, Marina telah mengandungkan
anaknya disaat beliau pulang ke Mukah. |
|
Senarai episod
Episod 01 - 08 Feb 2010
Episod 02 - 09 Feb 2010
Episod 03 - 10 Feb 2010
Episod 04 - 11 Feb 2010
Episod 05 - 17 Feb 2010
Episod 06 - 18 Feb 2010
Episod 07 - 22 Feb 2010
Episod 08 - 23 Feb 2010
Episod 09 - 24 Feb 2010
Episod 10 - 25 Feb 2010
Episod 11 - 01 Mac 2010
Episod 12 - 02 Mac 2010
Episod 13 - 03 Mac 2010
Hari
Isnin - Khamis
Masa
3.30 ptg -
4.30 ptg
|
|
Sejak itu Saharudin tidak pernah pulang ke Semenanjung kerana dilarang oleh ibu
bapa Marina untuk mereka bertemu di Sarawak membawa hinggalah ke 20 tahun
kemudian tiba.
Saharudin telah berkahwin dengan Zaharah dan mendapat 3 cahayamata namun
kekecewaan mengenangkan rasa bersalahnya terhadap Marina mengakibatkan anak-anak
remajanya terabai tanpa perhatian seorang ayah. Mereka masing-masing mencari
ruang hidup sendiri tanpa kasih sayang seorang ayah.
Kejayaan seorang dari anaknya, Imran melanjutkan pelajaran di Unimas dan kemelut
kisah suka duka percintaan Imran bersama Dayang di Unimas serta kehadiran
pelajar tahun akhir bernama Najmi telah mempertemukan kembali Saharudin dan
Marina yang telah lama terpisah.
Namun masihkah ada ruang untuk menyambung kembali ikatan kasih antara kedua
pasangan yang dipisahkan takdir ini? Bagaimana pula mereka berdepan dengan
saat-saat tidak terduga apabila dipertemukan semula?
Barisan
Pelakon: Lana Nordin, NURUL AF, Rizal AF, Mahmud
Ali Basha, Fazren Rafi, Hadi Tahir, Wan Nor Azlin, Aesar
Mustafa, Amirul AF dan ramai lagi |